Thursday 3 April 2014

KITAB FIQH MAZHAB SYAFIE TERBARU, TERKINI DAN TERMODEN

Judul Kitab :
Al Muktamad Fil Fiqh Asy Syafie (Pendapat Muktamad Dalam Fiqh Mazhab Syafie)

Pengarang :
Prof Dr Muhammad Az Zuhaili
Profesor Fiqh Perbandingan dan bekas dekan Fakulti Syariah dan Pengajian Islam, Universiti Of Sharjah, United Arab Emirates. Berasal dari keluarga ulama di Syria dan merupakan saudara kandung tokoh ulama terkenal iaitu Prof Dr Wahbah Az Zuhaili yang merupakan pengarang kitab Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu yang terkenal di seluruh dunia Islam hingga ke hari ini.

Penerbit : Darul Qalam, Syria dan Muassasah Darul Basyir, Arab Saudi

Cetakan : Cetakan pertama tahun 2007M/ 1428H

Pembahagian Isi Kandungan : 5 Jilid dengan 3477 mukasurat

Bilangan mukasurat setiap jilid dan isi kandungan :
  • Jilid 1 : 1 - 719 (Bab Toharah, Solat dan Jenazah)
  • Jilid 2 : 1 - 672 (Bab Zakat, Puasa, Haji dan Perkara-perkara Berkaitan Ibadat)
  • Jilid 3 : 1 - 757 (Bab Berkaitan Harta dan Akad)
  • Jilid 4 : 1 - 642 (Bab Urusan Berkaitan Kekeluargaan)
  • Jilid 5 : 1 - 687 (Bab Jihad, Hukuman dan Kehakiman)





KEISTIMEWAAN DAN KEPENTINGAN KITAB AL-MUKTAMAD
  •  Kitab fiqh mazhab Syafie terbaru, terkini dan termoden yang menghimpunkan hukum hakam fiqh dengan perincian yang agak mendalam.
  • Membahaskan  hukum  fiqh  dengan  lebih banyak dan terperinci  berbanding kitab Al-Fiqh Al-Manhaji yang juga sebuah kitab fiqh Syafie moden yang terkenal.
  • Keistimewaan kitab ini ialah ia menghimpunkan dan mengutamakan pendapat yang kuat, rajih dan muktamad di antara pendapat-pendapat ulama mazhab syafie yang patut dipegang dan diamalkan oleh masyarakat Islam di Malaysia.
  • Pengarangnya merujuk kepada kitab-kitab mazhab Syafie yang dikarang ulama silam yang muktabar seperti Al-Umm, Al-Majmuk, Mughnil Muhtaj, Roudhatu Tolibin, Al-Hawi Al-Kabir, Al-Muhazzab, Minhaj Tolibin dan lain-lain
  • Bersesuaian dengan aliran pegangan masyarakat Melayu Islam di Malaysia dalam masalah fiqh dan bersesuaian dengan aliran pegangan pihak berkuasa agama di Malaysia seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Fatwa Kebangsaan, Majlis Agama Islam negeri-negeri dan badan-badan lain yang berkaitan dalam menetapkan dan mengeluarkan hukum dan fatwa.
  • Boleh dijadikan rujukan para mufti, qadhi serta rujukan di jabatan-jabatan, badan-badan serta institusi agama Islam di setiap negeri di Malaysia dalam masalah hukum fiqh.
  • Rujukan para pensyarah dan pelajar universiti yang mempelajari bidang Syariah
  • Rujukan penting untuk orang perseorangan dan para pendakwah Islam serta sesiapa sahaja dalam sesuatu masalah dan hukum fiqh yang timbul.
http://fiqhmuktamad.blogspot.com/p/tempahan.html